BT1173 Pengenalan Kepada Sistem Maklumat

Penggunaan Sistem Maklumat di Kalangan Remaja di Tempat Saya - Richard Ong Yun Tian (HE2003-1556)

Home
Laporan Mengenai 'Aplikasi Sistem Maklumat Dalam Pengurusan Organisasi'
Penggunaan Sistem Maklumat di Kalangan Remaja di Tempat Saya - Richard Ong Yun Tian (HE2003-1556)
Penggunaan Sistem Maklumat di Kalangan Remaja di Tempat Saya - Benedict Lim Chyi Wey (HE2003-1442)
Penggunaan Sistem Maklumat di Kalangan Remaja di Tempat Saya - Wong Sing Deek (HE2003-1574)

      Penggunaan Sistem Maklumat di Kalangan Remaja di Tempat Saya  

Nama saya Richard Ong Yuan Tian. Saya berasal dari Sibu, bandar ketiga besar di Sarawak. Tugasan saya adalah tentang penggunaan sistem maklumat di kalangan remaja. Justeru itu, saya menemu ramah dengan remaja yang melanggani Cyber Cafe untuk mendapat maklum balas dan responden mereka. Penggunaan Cyber Café di Sibu adalah luas. Sebanyak 70-80% pengguna merupakan golongan remaja sekolah menengah dan kanak-kanak. Malah, terdapat sesetengah Cyber Café yang menggaji remaja sebagai pekerja.

            Semasa saya tiba di sebuah Cyber Café, saya terjumpa dengan segolongan pelajar yang berumur lingkungan 14-17 yang ingin memasuki Cyber berkenaan. Saya  mengambil kesempatan ini untuk menemu ramah salah seorang mereka yang bernama Ah Yew.

                                                                                                                                   

Saya : Maaf. Boleh mengganggu sekejap ?

Yew  : Ya. Ada apa hal ?

Saya : Saya sedang membuat kajian tentang penggunaan sistem maklumat di kalangan remaja. 

          Boleh saya menanya anda beberapa soalan ?

Yew  : Boleh. Silakan.

Saya : Adakah anda selalu mengungjungi kedai ini ?

Yew  : Sering juga.

Saya : Mengapa anda suka datang kedai ini ?

Yew  : Main gamelah. Bukankah sekarang ramai orang main Online Game ? Lagipun Cyber ini

          mempunyai perkhidmatan yang lebih baik berbanding dengan Cyber lain.

Saya : Maksud kau ?

Yew  : Cyber ini mempunyai peralatan komputer yang canggih. Selain itu, ia menyediakan

          banyak Online Game. Contohnya ‘Shen Hua’, ‘Ragnarok’, ‘Tian Tang’, ‘Jin Yong Qun Xia   

          Zhuang’ dan banyak lagi. Harganya pun murah sikit, iaitu RM1.50 sejam berbanding 

          dengan cyber lain, iaitu RM2.00 sejam.

Saya : Bukankah perkhidmatan seperti ini juga terdapat di Cyber yang lain ?

Yew  : Ya, Tapi saya paling suka Cyber ini kerana ia mempunyai suasana yang selesa, 

          menyediakan makanan dan minuman ringan. Malah, ia sentiasa mempunyai game yang    

          terbaru dan saya sedang bermain beberapa game. Antara yang saya paling suka adalah

          ‘Tian Tang’.

Saya : Biasanya kamu datang seorang ?

Yew  : Tidak. Biasanya datang dengan geng tadi. Kalau main seorang diri, tidak senorok. Dulu

          main CS(Counter Strike) juga macam itu. Semakin banyak orang main baru seronok. 

          Sekarang semua orang main Online Game. CS  itu dikatakan ketinggalan zaman.

Saya : Biasanya kamu akan belanja beberapa di Cyber ini beberapa lama ?

Yew  : Itu saya tidak pasti. Biasanya akan melebihi RM10 untuk sehari. kalau saya duduk lama di

          sini, perbelanjaan lagi tinggi.

Saya : Maksud kau main di Cyber sehari tanpa pergi sekolah dan balik ?

Yew  : Bukan. Maksudnya saya menghabiskan kebanyakkan masa saya di Cyber ini terutama

          pada hari minggu dan cuti. Biasanya selepas sekolah saya akan dating sini.

Saya : Tidakkah anda berasa sangat bazirkan duit dan masa hanya untuk main game saja ?

Yew  : Tidak. Malah berasa seronok. Terutamanya telah menaikkan level dalam watak saya main

          atau terus kepada pusingan yang seterusnya. Kepuasan itu tidak terkata.

Saya : Bagaimana dengan pelajaran awak ? Takkan keluarga awak tidak berasa bimbang ?

Yew  : Tidakklah. Mereka tidak akan berasa bimbang. Lagipun saya sudah membesar. Apa yang

          hendak dibimbangkan ? Pasal pelajaran, saya boleh minta tunjuk ajar daripada kawan

          atau salin saja kerja rumah mereka.

Saya : Kalau macam itu, maka selesailah soalan saya. Maaf kerana mengganggu.  

 

           

            Sejurus itu, saya telah sampai ke sebuah cyber Café lagi. Kali ini, saya telah berjumpa dengan seorang gadis yang bernama Ah Fong. Umurnya 17 tahun dan saya telah berbual dengan dia.

 

Saya : Saya sedang membuat kajian tentang penggunaan sistem maklumat di kalangan

          remaja. Bolehkah saya menanya beberapa soalan ?

Fong : Boleh.

Saya : Adakah anda selalu datang ke Cyber Café ?

Fong : Tak, kadang kala.

Saya : Adakah anda juga datang untuk main Online game ?

Fong : Tak. Saya datang untuk Check mail dan main ICQ dengan kawan. Biasanya lelaki yang

          suka main game. Ada di antara mereka juga melayari internet untuk mencari bahan lucah.

Saya : Tidakkah anda merasa perlu mempunyai langkah untuk menangani masalah ini ?

Fong : Ini sudah menjadi fenomena yang biasa di dalam Cyber.

Saya : Adakah semua di antara mereka remaja ?

Fong : Ya. Kebanyakkan mereka adalah pelajar sekolah. Malah, ada yang berpakaian seragam.

          Tetapi, juga terdapat segelintir orang dewasa yang main game ataupun melayari internet.

Saya : Kalau macam itu, habislah soalan saya. Terima kasih.

Fong : Sama-sama.

            Daripada perbualan di atas, saya telah mendapat satu idea bahawa kebanyakkan remaja yang memasuki Cyber Café adalah untuk hiburan. Malah, sesetengah mereka lebih mendahagakan bahan lucah daripada maklumat yang berilmu. Keadaan ini semakin serius apabila sudah menjadi satu ketagihan. Buktinya, mereka lebih rela berada di dalam Cyber daripada balik atau pergi ke sekolah.

            Tambahan pula, terdapat banyak Cyber Café dan kebanyakkannya dibuka berdekatan dengan kawasan perumahan. Maka, remaja mempunyai banyak pilihan. Masalahnya, remaja yang melanggani Cyber Cafe menghabiskan masa dan duit mereka bukan saja mempengaruhi keputusan mereka tetapi juga membimbangkan ibu bapa. Malah, sikap dan moral mereka turut berubah selepas mendapat kawan baru dalam Cyber.

            Namun, Cyber-cyber yang ingin keuntungan tidak menghiraukan semua itu dan ada yang buka sampai larut malam. Dengan alasan inilah, langkah-langkah yang sesuai dan pengawalan harus dilaksanakan.

dscn0082.jpg

dscn0081.jpg