Saya,
bernama Benedict Lim Chyi Wey telah diberi satu tugasan untuk mengkaji tahap penggunaan Internet di kalangan remaja di tempat
saya. Saya berasal dari Tawau, sebuah bandar di negeri Sabah. Penggunaan Internet oleh golongan remaja di tempat saya agak meluas. Ini dapat
diperlihatkan melalui pertumbuhan kedai-kedai Cyber Café di Tawau adalah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Saya telah sempat menemuramah beberapa orang dari pelbagai lapisan masyarakat mengenai pandangan mereka
terhadap penggunaan Internet di kalangan remaja di Tawau.
Saya telah menemui Encik Khor (48 tahun) di hadapan pintu masuk Maybank Berhad dan telah berjaya mendapatkan pendapat
beliau. Beliau merupakan bapa kepada dua anak yang bersekolah di SMK St Patrick, anak bongsu beliau berumur 16 tahun dan anak
sulungnya berumur 18 tahun. Beliau mengeluh bahawa anak-anaknya telah menghabiskan kebanyakkan masa mereka untuk melayari
Internet. Mereka biasanya bermain ‘Online Game’ dan juga berbual-bual dengan ‘net friends’ menerusi
ICQ dan MIRC sehingga lewat malam setiap hari dan tidak dapat menumpu perhatian di kelas. Secara tidak langsung, ia telah
menjejaskan prestasi akademik kedua-dua anaknya.
Encik Nadzree (28 tahun), seorang jurutera telah menunjukkan kebimbangan dan kekecewaan beliau terhadap golongan remaja
kini yang telah menyalahgunakan kepentingan Internet. Menurut beliau, pernah sekali beliau melawati Cyber Café untuk mencari
maklumat mengenai projek beliau, beliau mendapati banyak remaja di Tawau telah melayari laman web yang berunsur lucah dan
ganas. Di samping itu, beliau juga mengatakan bahawa terdapat golongan remaja yang mempelajari ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
seperti teknik mencipta virus menerusi Internet. Beliau juga mengeluh bahawa remaja gemar berbual-bual dengan orang yang tidak
dikenali menerusi Internet. Beliau menegaskan bahawa Internet merupakan punca utama yang mendorong kepada tercetusnya banyak
kes penipuan harta dan seksual di kalangan remaja.
Menerusi pendapat kedua-dua Encik Khor dan Encik Nadzree, kelihatan mereka bersetuju bahawa Internet cenderung membawa
keburukan kepada golongan remaja berbanding kebaikan. Namun, saya juga sempat menemuramah Cik Janice dan Encik Soo yang berpendapat
bahawa penggunaan Internet oleh golongan remaja di Tawau adalah pada taraf yang sihat.
Cik Janice (20 tahun) merupakan seorang pelajar kolej yang menuntut di Kolej Systematic di Kuala Lumpur, beliau kini
cuti semester dan telah balik ke Tawau untuk menjenguk ibu bapa dan kawan-kawannya. Beliau telah berkata bahawa beliau menggunakan
Internet untuk membuat kerja rumah dan mencari bahan-bahan untuk tugasan beliau. Semasa do kolej, beliau dan kawan-kawannya
sentiasa diberi tugasan yang mewajibkan mereka mendapatkan maklumat-maklumat lanjut menerusi Internet. Di samping itu, beliau
mengatakan bahawa beliau juga boleh menyertai forum menerusi Internet di mana beliau boleh berbincang kerja rumah sesame rakan-rakan
sekursusnya dan juga boleh meminta tunjuk ajar daripada pensyarah sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Cik Janice juga berkata bahawa beliau boleh mendapatkan nota-nota tambahan daripada pensyarah menerusi
Internet. Beliau menyimpulkan bahawa Internet telah memudahkan kerja beliau dan adalah memanfaatkan kepada penuntut kolej
dan universiti.
Encik Soo (22 tahun) merupakan seorang pekerja tetap di Cyber Café yang berhampiran dengan tempat tinggal saya. Beliau
berasa Internet memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Beliau mengatakan bahawa terdapat banyak orang yang mengambil kursus-kursus
pembelajaran jarak jauh di mana mereka boleh mengambil kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti di luar negeri
tanpa perlu menghadirkan diri ke kuliah. Dengan ini, golongan yang kurang mampu berkesempatan untuk melanjutkan pembelajaran
mereka. Beliau juga mengatakan bahawa golongan masyarakat di Tawau yang menggunakan Internet untuk tujuan sedemikian bertambah
setiap tahun.
Kesimpulannya, kerajaan memainkan peranan penting dalam mengekangkan golongan remaja menyalahgunakan kepentingan Internet.
Ini dapat dilakukan dengan mewajibkan Cyber Café melaporkan kes-kes yang melibatkan penggunaan Internet untuk tujuan yang
tidak sihat di kedai mereka kepada pihak polis serta merta. Denda yang setimpal dikenakan kepada pekedai Cyber Café sekiranya
mereka tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya dengan pihak polis. Di samping itu, ibu bapa juga harus memastikan penggunaan
Internet oleh anak-anak mereka adalah untuk tujuan yang sihat.
Saya, Wong Sing Deek berasal daripada Tawau yang merupakan sebuah bandar kecil di dalam negeri Sabah. Saya telah ditugaskan
untuk membuat kajian tentang penggunaan sistem maklumat di kalangan remaja di situ. Penggunaan sistem maklumat di kalangan
remaja di Tawau hanya berkembang sejak sepuluh tahun lalu. Perkembangan ini digalakkan lagi apabila pembukaan kedai-kedai
komputer dan cycber cafe bertambah. Galakan daripada kerajaan turut memberi kesan positif terhadap perkembangan sistem
maklumat di tempat saya. Saya juga telah membuat 2 soal selidik dalam membantu menyelesaikan kajian ini.
Encik Vince Pang berumur 20 tahun dan sekarang
merupakan pelajar STPM di SMK Kuhara. Saya telah membuat temuramah dengannya melalui telefon. Menurut Encik Vince, sistem
maklumat memang sangat berguna sama ada dalam pelajaran ataupun kehidupannya. Melalui Internet, dia mendapat bahan bacaan
yang tidak terkandung dalam buku akedemik. Internet turut membantu Encik Vince mencari bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat
projek pelajarannya. Langkah ini dapat menpercepatkan kerja-kerja untuk mencari bahan rujukan dan seterusnya dapat meluangkan
lebih banyak masa untuk membuat ulangkaji. Menurutnya lagi, Internet bukan saja membantunya dalam pembelajarannya, tetapi
juga membantu bapanya yang menjalankan perniagaan bengkel kereta. Encik Vince sentiasa membantu bapanya untuk memeriksa harga
jualan bagi produk yang ada di bengkel bapanya melalui seperti cat, komponen kereta melalui Internet. Ini dapat memastikan
harga yang ditetapkan tidak terlalu mahal ataupun murah.
Saya juga menemuramah seorang pelajar SPM, Monica
Lim yang berumur 18 dan merupakan ketua perpustakaan di SMK Tawau. Saya menemuramah Cik Monica dengan menggunakan e-mail.
Menurut Cik Monica, SMK Tawau mula memperkenalkan cara perkomputeran dalam perpustakaannya pada tahun 2001. Pada peringkat
awal, timbulnya beberapa masalah seperti memasukkan data buku dalam komputer dan kurang kerjasama daripada para pustakawan.
Namun, selepas ditunjuk ajar oleh pakar-pakar komputer, segala masalah telah diselesaikan dan sistem perkomputeran mula digunakan
dalam perpustakaan SMK Tawau. Menurut Cik Monica lagi, sistem ini bukan saja menyenangkan kerja peminjaman dan pemulangan
buku, malah juga dapat mengesan kehilangan dan kelewatan pemulangan buku daripada pelajar di sekolah.
Melalui kajian ini, saya mendapati ketiadaan
sistem maklumat di kalangan remaja tempat saya adalah disebabkan kekurangan pendedahan secara meluas tentangnya. Pihak sekolah
di Tawau juga kurang menekankan penggunaan komputer dan menyebabkan ramai pelajar mengabaikannya. Tambahan pula, harga perisian
komputer yang dijual di Tawau jauh lebih mahal daripada tempat lain juga merupakan salah satu faktor melemahkan perkembangannya.
Keadaan ini hanya bertukar apabila kerajaan mula menekankan kepentingan komputer pada masyarakat. Kempen ‘Sebuah Rumah
Sebuah Komputer’ dan penggunaan wang KWSP untuk membeli komputer berjaya menggalakkan orang ramai memiliki komputer.
Pembukaan cycber cafe dan kedai perkomputeran secara besar-besaran turut menggalakkan lagi perkembangan penggunaan
sistem maklumat di kalangan masyarakat Tawau. Namun, terdapat juga golongan remaja yang tertarik dan tergila-gila dengan perkhidmatan
cycber cafe seperti Online Game, Chating, tengok movie dan sebagainya. Ini seterusnya menyebabkan pelajaran
mereka diabaikan.
Secara kesimpulannya, perkembangan sistem maklumat
di kalangan remaja Tawau hanya setakat penggunaan Internet sahaja. Pelbagai langkah yang perlu diambil oleh pihak berkenaan
bagi memperkenalkan apa sebenarnya sistem maklumat dan bagaimana menggunakannya dalam kehidupan seharian remaja di Tawau.
Ini adalah bertujuan untuk memastikan remaja di Tawau tidak ketinggalan dalam era teknologi yang kian berkembang.
|