Saya, Wong Sing Deek berasal daripada Tawau yang merupakan sebuah bandar kecil di dalam negeri Sabah. Saya telah ditugaskan
untuk membuat kajian tentang penggunaan sistem maklumat di kalangan remaja di situ. Penggunaan sistem maklumat di kalangan
remaja di Tawau hanya berkembang sejak sepuluh tahun lalu. Perkembangan ini digalakkan lagi apabila pembukaan kedai-kedai
komputer dan cycber cafe bertambah. Galakan daripada kerajaan turut memberi kesan positif terhadap perkembangan sistem
maklumat di tempat saya. Saya juga telah membuat 2 soal selidik dalam membantu menyelesaikan kajian ini.
Encik Vince Pang berumur 20 tahun dan sekarang
merupakan pelajar STPM di SMK Kuhara. Saya telah membuat temuramah dengannya melalui telefon. Menurut Encik Vince, sistem
maklumat memang sangat berguna sama ada dalam pelajaran ataupun kehidupannya. Melalui Internet, dia mendapat bahan bacaan
yang tidak terkandung dalam buku akedemik. Internet turut membantu Encik Vince mencari bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat
projek pelajarannya. Langkah ini dapat menpercepatkan kerja-kerja untuk mencari bahan rujukan dan seterusnya dapat meluangkan
lebih banyak masa untuk membuat ulangkaji. Menurutnya lagi, Internet bukan saja membantunya dalam pembelajarannya, tetapi
juga membantu bapanya yang menjalankan perniagaan bengkel kereta. Encik Vince sentiasa membantu bapanya untuk memeriksa harga
jualan bagi produk yang ada di bengkel bapanya melalui seperti cat, komponen kereta melalui Internet. Ini dapat memastikan
harga yang ditetapkan tidak terlalu mahal ataupun murah.
Saya juga menemuramah seorang pelajar SPM, Monica
Lim yang berumur 18 dan merupakan ketua perpustakaan di SMK Tawau. Saya menemuramah Cik Monica dengan menggunakan e-mail.
Menurut Cik Monica, SMK Tawau mula memperkenalkan cara perkomputeran dalam perpustakaannya pada tahun 2001. Pada peringkat
awal, timbulnya beberapa masalah seperti memasukkan data buku dalam komputer dan kurang kerjasama daripada para pustakawan.
Namun, selepas ditunjuk ajar oleh pakar-pakar komputer, segala masalah telah diselesaikan dan sistem perkomputeran mula digunakan
dalam perpustakaan SMK Tawau. Menurut Cik Monica lagi, sistem ini bukan saja menyenangkan kerja peminjaman dan pemulangan
buku, malah juga dapat mengesan kehilangan dan kelewatan pemulangan buku daripada pelajar di sekolah.
Melalui kajian ini, saya mendapati ketiadaan
sistem maklumat di kalangan remaja tempat saya adalah disebabkan kekurangan pendedahan secara meluas tentangnya. Pihak sekolah
di Tawau juga kurang menekankan penggunaan komputer dan menyebabkan ramai pelajar mengabaikannya. Tambahan pula, harga perisian
komputer yang dijual di Tawau jauh lebih mahal daripada tempat lain juga merupakan salah satu faktor melemahkan perkembangannya.
Keadaan ini hanya bertukar apabila kerajaan mula menekankan kepentingan komputer pada masyarakat. Kempen ‘Sebuah Rumah
Sebuah Komputer’ dan penggunaan wang KWSP untuk membeli komputer berjaya menggalakkan orang ramai memiliki komputer.
Pembukaan cycber cafe dan kedai perkomputeran secara besar-besaran turut menggalakkan lagi perkembangan penggunaan
sistem maklumat di kalangan masyarakat Tawau. Namun, terdapat juga golongan remaja yang tertarik dan tergila-gila dengan perkhidmatan
cycber cafe seperti Online Game, Chating, tengok movie dan sebagainya. Ini seterusnya menyebabkan pelajaran
mereka diabaikan.
Secara kesimpulannya, perkembangan sistem maklumat
di kalangan remaja Tawau hanya setakat penggunaan Internet sahaja. Pelbagai langkah yang perlu diambil oleh pihak berkenaan
bagi memperkenalkan apa sebenarnya sistem maklumat dan bagaimana menggunakannya dalam kehidupan seharian remaja di Tawau.
Ini adalah bertujuan untuk memastikan remaja di Tawau tidak ketinggalan dalam era teknologi yang kian berkembang.